Selasa, 10 Juni 2008

Hancurnya sebuah harapan (2)

Misliah masih lagi berada didapur itu,Dia tidak dapat menahan kesedihan atas perbuatan Faizal kepadanya.Sambil mengesat air mata yang mengalir,Misliah perlahan-lahan mendudukkan dirinya kelantai dan menadah tangan berdoa kepada Allah."Ya Allah!sesungguhnya engkau yang maha berkuasa atas sesuatu dan engkau jualah yang maha penerima taubat! Ampunkanlah segala dosa anakku ini ya Allah! janganlah kau azab dia!bahkan kau berikanlah petunjuk kepadanya!kerana aku tidak mahu melihat dia dalam keadaan terus berdosa!kabulkan la doa aku ini ya Allah!"Selesai saja berdoa,Misliah terus mengerakkan tangannya mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu.Dalam masa yang sama, Misliah hanya dapat bersabar sahaja dan ikhlas menerima ujian Allah itu dengan mengucapkan kalimah-kalimah yang membesarkan Allah.Kerana dia tahu bahawa tidaklah Allah itu menguji hamba-hambanya seandainya mereka tidak mampu.

Dumm!!! Faizal menendang pintu bilik adik perempuannya,sehingga tercabut slak pintu bilik itu.Lia yang sedang tidur berselimutkan kain batik lama,dan beralaskan tilam buruk yang diletakkan diatas lantai biliknya itu , tersentak dari tidurnya,kerana terkejut dengan bunyi dentuman pintu yang di tendang oleh Faizal.Kemudian Faizal menuju kearah Lia,dan terus menarik kain batik yang Lia jadikan selimut itu, lalu Faizal bersuara "wei!!! kau bangun Lia!! sebelum aku terajang muka kau.cepat! cepat! cepat! ujar faizal sambil menanti Lia berdiri dari tempat tidurnya.Sebaik sahaja Lia tegak berdiri,satu sepakan hinggap kepeha kanan Lia.Lia tidak dapat mengawal dirinya,kemudian Lia terjatuh kerana merasa akan kesakitan akibat sepakan faizal itu.Lia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdiam dan menundukkan kepala sambil memegang peha kanannya.Lia berusia 17 tahun,yang mana akan menduduki peperiksaan spm tahun ini.Dan Lia bukanlah seorang pelajar yang bijak, akan tetapi dia adalah seorang pelajar yang berakhlak baik.Suara Faizal berbunyi lagi"kau jangan nak mengada-ngada!kau bangun sekarang! sebelum aku patahkan kaki kau tu nanti.cepat!tegas Faizal. Dengan diri yang dikuasai syaitan, Faizal memberi satu tamparan pula kemuka Lia.Dan tamparan itu tepat mengenai mata Lia.Faizal bersuara"kau pergi tolong mak kau kat dapur tu!kau jangan nak sedap-sedap tido je! karang kalau aku dah buta kan mata kau baru kau tau!!.Lia dengan perasaan marah dihatinya, tetap berdiam dan tabah menghadapi manusia yang berhati iblis itu.kemudian Lia pun bangun dan berjalan sambil terhencut-hencut menuju kearah dapur.

Setibanya Lia di ruang dapur,dia melihat akan maknya sedang duduk diatas lantai.Dengan berjalan terhencut-hencut,Lia menuju kearah maknya."mak!kenapa ni?tanya Lia apabila melihat tangan maknya itu berlumuran darah."tak ada apa-apa lah Lia!ni ha!!tangan mak terkena kaca ni tadi!sikit je..."jawab Misliah,yang tidak mahu bercerita panjang."jomlah mak!basuh tangan mak tu dulu!nanti masuk kuman pulak!!tegas Lia.Lia membantu maknya bangun dari duduk,dan membawanya menuju ke bilik air."mak! Lia menyapa maknya yang sedang membasuh lukanya didalam bilik air."kenapa perangai abang faizal tu,semakin teruk mak?Lia rasalah!kalau dia tak ada dalam rumah ni,mesti kite tak terseksa macam ni.ujar Lia dengan perasaan kesal."tak baik Lia cakap macam tu!izal tu abang Lia!tak baik Lia membenci dia tau! jawab misliah menasihati Lia."ala mak! lia buakannya apa,cuma Lia tak suka je kalau dia tetap berperangai macam tu!.mak tengok la ni! Lia menunjukkan kapada maknya akan matanya yang merah akibat ditampar oleh Faizal."astgfirullah hal azim!! Misliah mendekati Lia dan meletakkan tangannya kemuka Lia.Sambil menatap mata Lia,Misliah berpesan"sabar jela Lia! insyaallah Lia akan beroleh perlindungan Allah"Lia mengangguk faham.kemudian mereka berdua keluar daripada bilik air itu,dan menyambung semula membersihkan serpihan kaca yang masih lagi berbaki disitu.

Faizal yang tadinya mengamuk,telahpun masuk kebiliknya untuk tidur.Tinggallah Misliah dan Lia yang masih lagi sibuk mengemas dapur.jam didinding menunjukkan tepat pada pukul 4.02 minit pagi." Lia! sekejap lagi dah subuh!"ujar Misliah kepada anaknya."jadi kita tak usah tidur lagi la ye?Lia menganggukkan kepalanya,kerana dia tahu apa yang dimaksudkan oleh ibunya itu.Misliah dan Lia setiap hari akan bangun pada awal pagi kerana akan menyiapkan juadah sarapan untuk dijual,hanya itulah mata pencarian Misliah demi membesarkan anak-anaknya yang masih lagi bersekolah setelah kematian suaminya."ha! Lia,dah azan tu! kita sembahyang dulu la,nnt tidaklah terkejar-kejar sangat".Ujar misliah kepada Lia."Baiklah mak"jawab Lia dengan nada lembut.kemudiannya mereka berdua menuju ke bilik masing-masing untuk menunaikan solat subuh.

Senin, 09 Juni 2008

hancurnya sebuah harapan(1)

salam kepada sahabat-sahabat (KIMI) sekalian,kali ini (KIMI) akan mengeluarkan satu lagi artikel yang berbentuk cerita ringkas!yang mana insyaallah boleh kita perolehi pengajaran dari padanye.amin....

episod pertama!

prang!!!!!! Misliah terbangun dari tidurnya kerana terdengarkan satu bunyi,seakan2 pinggan pecah yang datangnya dari arah dapur rumahnya..dia yang baru saja 1 jam melelapkan mata terpaksa bangun untuk mengetahui apakah bunyi tersebut!!sambil beristighfar,dia bangun perlahan2 sambil membuka slak pintu dan membuka pintu biliknya.Dalam keadaan yang gelap gelita ditambah pula cuaca yang sejuk pada tengah malam itu,Misliah meraba2 ke dinding untuk mendapatkan suis lampu yang menghubungkan laluan dari biliknya ke dapur.Apabila tersentuh akan tangannya kepada suis lampu itu,Misliah pun memetik suis tersebut dan teranglah laluan itu,Misliah mengelip2kan matanya kerana kesilauan cahaya lampu yang dinyalakan.mulutnya sentiasa membesarkan Allah kerana bimbang2 akan keselamatannya.namun begitu, misliah terus berjalan menuju kearah dapur rumahnya kerana ingin tau apakah bunyi tersebut.

Sebaik tibanya misliah ke ruang dapur rumahnya,dia melihat ada seorang lelaki sedang duduk diatas kerusi meja makan di runag dapur itu,sambil meneguk segelas air. Misliah menghampiri lelaki tersedut dan mendapati bahawa lelaki itu adalah anak sulungnya iaitu Faizal.tegur Misliah"terkejut mak Izal!mak ingatkan bunyi apa tadi"sambil memerhati kelantai.misliah melihat akan serpihan pinggan kaca bertaburan diatas lantai itu.Dia paham apa yang sedang berlaku,kerana dia tahu akan sikap Faizal yang selalu menimbulkan masalah dalam rumahnya itu.Lantas Misliah bersuara lagi, "kenapa ni Izal? kenapa Izal pecahkan pinggan ni?barang2 kat umah ni, x de yang elok dah! semunya izal rosakkan.kenape ni?! tanya Misliah berkali2 kepada anak sulungnya itu..
Faizal memandang kearah Misliah,lalu berkata"ahh!!! bisning la kau tua!ak peduli ape,,dengan barang2 kat umah ko ni,korang 2 mmg selalu buat ak sakit hati..korang ni memang sial la!!!! jawab Faizal dengan nada yang keras dan agak mengguriskan hati Misliah. Misliah tersentak dengan apa yang Faizal cakapkan sambil beristighfar berkali2. Dengan hati yang sayu dimalam hari itu,Misliah berkata kepada Faizal"Apa salah mak Izal?mak selama ni sedaya upaya jaga perasaan izal! izal siket pon tak pernah peduli perasaan mak".apa salah mak Izal"? ooooooo ape salah ko ye tue?!!ujar faizal sambil bangun dari tempat duduknya dan mendekati Misliah."ko nak tau ape salah ko?..sini ko ikut aku! faizal menarik tangan maknya sperti menarik guni yang berisi batu,sambil menuju kearah periuk yang berada diatas dapur ."ni! ni! ni! ko tgok ni!" faizal mengangkat periuk yang berisikan lauk ikan sardin dan melemparkannya ke hadapan Misliah."ko tengok la sendiri! ape nie?ni ke yang ko cakap ko jage perasaan ak?!! ha,setan?ko ingat ak suke ke nak makan sardin nie? ei!!! ak tak suke la!"kata Faizal kepada maknya yang sedang menitiskan airmata sambil memandangnya."mengucap Izal! jawab misliah sambil memeluk tubuh anak sulungnya itu."jangan cakap macam tu kat mak! mak tak nak ko jadi anak derhaka Izal!mak tak de duit nak beli lauk yang sedap2,cume lauk tu aje yang mak mampu sediakan,syukurlah Izal!"suasana malam itu menjadi agak riuh disebabkan perangai Faizal.Faizal melepaskan pelukan Misliah dengan menolaknya,seraya berkata"ahh! lantak ko la,ak tak peduli!ak tau lain kali ak tak nak tengok, ko masak lauk2 yang macam makanan kucing ni!kalau ak nampak je lauk macam ni,ko tengok la,ak janji ak akan buang!ak cakap betul ni,ak tak main2.sial betol la!!jawab Faizal mengakhiri kata2nya di ruang dapur itu dan terus menuju ke bilik adik perempuannya.Apakah yang akan berlaku selepas ini??nantikan di episod yang akan datang.

bersambung........

Minggu, 08 Juni 2008

Penyakit hasad dengki

sidang pembaca yang mulia!

Ilmu dan taqwa adalah senjata yang dapat melawan segala bentuk ancaman yang boleh merosakkan manusia. Ilmu yang dimiliki dapat memberi amaran mengenai akibat yang bakal diterima sekiranya melakukan kemungkaran dan maksiat. Dengan ilmu juga, seseorang itu akan berusaha menjadi orang yang bertaqwa.

Sifat taqwa akan menjadikan seseorang itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini sebagai seorang khalifah yang diperintahkan untuk memakmurkan bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan serta meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Sifat taqwa jugalah yang mendorong kita sanggup melakukan apa saja yang diperintahkan Allah dan meninggalkan larangan-Nya demi mendapatkan keredaan allah. Dan ketahuilah bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu melakukan dusta dan dosa yang nyata.

sahabat-sahabat yang sentiasa mendapat keredhaan Allah!

Nisbah orang yang memperolehi kelulusan ijazah doktor falsafah (phd) dalam bidang ilmu dalam masyarakat sangatlah rendah berbanding dengan orang yang mempunyai sindrom “phd” atau penyakit hasad dengki. Salah satu tanda wujudnya penyakit hasad dengki dalam masyarakat ialah berlakunya perbuatan jatuh-menjatuhkan, pulau-memulau dan fitnah-memfitnah di kalangan segelintir anggota masyarakat. Sindrom negatif ini wujud kerana ada yang kurang senang ataupun iri hati terhadap kelebihan ataupun kejayaan yang dinikmati oleh orang lain. Sifat dengki yang keji ini bukan sahaja boleh menimbulkan perselisihan, perasaan dendam dan permusuhan yang berpanjangan, malahan ia juga berpotensi memporak perandakan masyarakat hatta menjejaskan keamanan negara.

Di samping itu sahabat-sahabat sekalian, terdapat beberapa implikasi lain yang berpunca daripada sifat dengki itu. Di antaranya adalah seperti berikut:--

1. Sifat dengki menghapuskan amalan baik.

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:

“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. (Al-Hadis).


2. Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.

Pada kebiasaannya, bilamana hasad dengki bersarang dalam dada, maka dia akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki itu mengharapkan yang kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.

3. Sifat dengki menyebabkan seseorang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.

“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.”

(Al-Hadis).

Ini bererti amat rugilah mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana tidak akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.

4. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.

Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:

“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”

5. Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain.

Kenyataan kesan buruk ini dapat disandarkan kepada kisah Habil dan Qabil yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hasad dengki dan dendam kesumat yang membelenggu perasaan Qabil mendorongnya untuk membunuh Habil.

6. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.

Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.

7. Hasad dengki boleh menyebabkan seseorang itu sukar memahami ilmu agama dan hukum hakam.

Ini boleh terjadi kerana tumpuan hanya diberikan kepada mencari jalan bagaimana hendak memperolehi nikmat yang dikecapi oleh orang lain di samping mencari muslihat bagaimana mengikis nikmat atau menjatuhkan orang yang didengki. Kegairahan dalam mencapai matlamat yang tidak baik itu melalaikannya daripada mengingati Allah. Dan keadaannya akan lebih parah lagi bilamana tidak timbul keinsafan dalam dirinya kerana ia boleh merenggangkan hubungannya dengan Allah. Situasi ini sesuai dengan sekuntum kata-kata hikmat yang berbunyi:

“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”


sahabat-sahabat yang didimuliakan Allah!


Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.

Manakala di akhirat kelak, orang yang memiliki penyakit hasad dengki akan menanggung kerugian lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira. Ini kerana dia tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat di samping tersisih daripada memperolehi tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan di syurga Allah.

Meskipun natijah penyakit hasad dengki itu ditanggung sendiri oleh pengamalnya, namun jika tidak dikikis ataupun dibendung, ia dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Kerana itulah kita sentiasa dianjurkan supaya berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad dengki serta sifat-sifat keji yang lain seperti mengumpat, tabiat suka mencari-cari kesalahan orang lain, memfitnah dan sebagainya yang bukan sahaja merosakkan hubungan seseorang individu dengan individu yang lain, bahkan ia turut merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud!

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada perasaan prasangka (buruk sangka), sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu ada dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Oleh yang demikian, bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha pengasih sayang.”

(Q.S. al-Hujurat: 12).

jadi sahabat-sahabat yang dirahmati Allah!marilah sama-sama kita menjauhi segala yang dilarang oleh Allah dan melakukan segala apa yang diperintahkan,mudah-mudahan kita mendapat keredhaan daripadanya,dan menjadi orang-orang yang baik pada akhirnya amin....(mift)


Rabu, 28 Mei 2008

remaja masa kini

Remaja masa kini...........


salam ana ucapkan kepada pembaca yang dirahmati Allah lagi dikasihinya,pertama-tamanya marilah kita bersama-sama bersyukur keatas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita,kerana selaku hamba kepada tuhan yang mentadbir alam ini,maka wajiblah keatas kita untuk bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita..alhamdulillah.jadi para pembaca sekalian! janganlah kita menjadi orang yang kufur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita,kerana ingatlah kita semua! sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Al quran yang bermaksud..(dan ingatlah tatkala tuhanmu memberitahu : demi sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat ku,maka aku akan tambah nikmat itu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkat dengan nikmatku,maka sesungguhnya azab aku adalah sangat pedih) surah ibrahim(7).maka dengan ini ,jelaslah bahawa kita sebagai makhluk Allah,wajib bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan...

Sahabat-sahabat yang sentiasa dikasihi Allah! sebenarnya dalam karangan ana yang pertama ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat,untuk kita sama-sama memikirkan dan merenung sejenak terhadap isu remaja masa kini.Dan sama-sama lah kita ambil ihtimam dengan apa yang bakal kita lihat nanti...insyaallah.semoga sahabat-sahabat tertarik dengan apa yang ingin ana kongsikan bersama sahabat-sahabat..dan terlebih dahulu,ana mohon maaf, sekiranya ada kecatatan dalam penulisan ana ini...sekian..

sahabat_sahabat yang tercinta!suka ana menanyakan kepada sahabat-sahabat,adakah pernah kita mendengar slogan ini??? pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.adakah pernah??? dan ana rasa ya! kita semua pernah mendengarkan slogan ini..kerana apa saya berani menyatakan sebegini yakin,kerana kita semua adalah pemuda dan pemudi itu! dan slogan ini tercipta untuk kita sebagai pemuda dan pemudi,buktinya??? sudah terang lagi bersuluh..dalam slogan tersebut tertera perkataan (pemuda dan pemudi).jadi,siapakah pemuda dan pemudi itu???dan ianya adalah kita semua yang bergelar insan muda..ini baru mukadimah yang ketiga sahabat-sahabat!kerana selepas ini,banyak lagi yang akan menemani perjalanan sahabat-sahabat dalam (KIMI)ini.insyaallah.

baiklah sahabat-sahabat!sekarang kita mulakan perbahasan kita ini. cuba sahabat-sahabat lihat dan renungkan,bagaimanahkah sikap@akhlak remaja masa kini,adakah bertetapan dengan kehendak agama islam?tentu ramai yang menyatakan TIDAK,mengapakah boleh begitu pula jawapannya? erm....Sedarlah kita wahai sahabat-sahabat,bahawa keruntuhan moral di kalangan remaja masa kini sungguh menjadi-jadi,selepas satu,satu masalah yang timbul,dan ianya bukanlah berlarutan dalam masa yang singkat!akan tetapi berlarutan dalam tempoh masa yang lama.bukan itu sahaja,malah keruntuhan moral mereka turut menjejaskan keselamatan orang awam dan memburukkan nama agama dan bangsa ,itulah sahabat-sahabat yang kita bimbangkan sekarang ini,apakah nasib negara dan agama?sekiranya isu-isu sebegini terus bersemadi didalam kehidupan remaja saat ini.nauzubillahi min zalik..

sahabat-sahabat yang mendapat keampunan Allah!cube kita singkapi isu-isu remaja masa kini.seprti: pergaulan bebas antara leleki dan perempuan,penyalahgunaan dadah,isu mat rempit,isu vandalisma,isu ponting sekolah,isu pergaduhan,pencurian dan yang lain-lain..sebaimana yang kita tahu sahabat-sahabat!perkara yang telah ana nyatakan diatas semuanya mengambarkan sikap-sikap negatif remaja masa kini..mari kita singkapi lagi sahabat-sahabat..(pergaulan antara lelaki dan perempuan) isu pergaulan antara lelaki dan perempuan ini,adalah isu yang paling besar dan yang paling ketara yang boleh kita lihat pada masa kini.dan ianya seakan-akan telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian remaja,tambahan pula sikap ibu bapa yang tidak mempedulikan akan hal ini,dan malahan ada juga ibu bapa yang membenarkan@memberi galakan terhadap pergaulan semacam ini.inilah yang menjadikan isu-isu sebegini rumit untuk kita selesaikan.jelas sahabat-sahabat!apa yang kita lihat sekarang,lelaki dan perempuan,berpegangan tangan sedangkan mereka bukanlah mahram, menungang motosikal sambil berpelukan,dan yang paling teruk sahabat-sahabat adalah adakalanya ianya mambawa kepada perkara yang sangat dilaknat Allah,iaitu (ZINA).ingatlah sahabat-sahabat akan firman Allah yang bermaksud..(dan janganlah kamu menghampiri zina,kerana sesungguhnya zina itu adalah satu kejahatan dan dikeji perjalanannya)surah isra'(32).maka sahabat-sahabat jelas dalil yang telah di datangkan ini menunjukkan larangan untuk kita menghampiri zina.dan maksud yang sebenarnya yang ingin disampaikan adalah..larangan kepada kita untuk melakukan pergaulan bebas,oleh kerana itu Allah menyatakan dalam firmanya dengan menggunakan perkataan(janganlah menghampiri zina)kerana zina berlaku dengan adanya faktor-faktor yang telah disebutkan tadi.iaitu..pada mulanya bekenalan,kemudian berjumpa bertentang mata,kemudian berjabat tangan penuh mesra,kemudian berpelukan dan bercumbuan,dan akhirnya,,terlanjurlah melakukan zina...nauzubillahi min zalik sahabat-sahabat,mudah-mudahan Allah menjauhkan kita dari golongan manusia sebegini.amin! tidak la habis sekadar ini sahaja sahabat-sahabat tentang perjalanan zina ini,kerana apabila berlakunya zina maka akan subur la benih @janin didalam rahim penzina tadi,dan apabila ianya membesar,ini akan membuatkan si pelaku zina tadi menjadi penik,dan mula mencari pasangannya untuk menuntut agar bertanggungjawab terhadap bayi yang berada di dalam kandungannya itu,dan apabila pasangan sipelaku zina itu tidak mahu untuk bertanggungjawab.maka, keputusan yang bodoh dan yang keji akan diambil oleh si pelaku zina itu tadi..iaitu,,menggugurkan@melahirkannya dengan selamat dan membuangnya.maka disini kita renungkan sejenak sahabat-sahabat,apakah dosa bayi itu tadi???yang adakah patut dia diperlakukan sebegitu rupa?ibarat sampah yang busuk..? sedangkan kita tahu sahabat-sahabat, bahawsanya bayi yang lahir itu tidak pon berdosa malahan suci ianya.tp itulah yang zahir dapat kita lihat sahabat-sahabat,kerana perbuatan yang tidak bermoral sebegitu, orang lain yang menjadi mangsa.maka inilah yang dinamakan zalim..menghukum@meletakkaan sesuatu bukan pada tempatnya.Sahabat-sahabat yang budiman dan berakal bersih! jadi dapatkah kita bayangkan dan merenungkannya sejenak bertapa besarnya Allah swt,yang mengetahui akan tiap sesuatu.dapatlah kita lihat, akan larangan Allah itu semua mempunyai hikmah sebaliknya..Allahu akbar! Jadi sahabat-sahabat marilah kita sama-sama menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

sahabat-sahabat yang sentiasa beramal soleh!sekarang mari kita lihat pula kepada isu yang kedua,iaitu isu(penyalahgunaan dadah).sahabat-sahabat tentu tahu apa yang dinamakan penyalahgunaan dadah,isu ini bukanlah satu isu yang baru kita dengar,akan tetapi isu ini telah lama timbul dan sampai sekarang tidak ada lagi cara yang terbaik untuk mengatasinya.walaupon kita mengetahui,bahawa kerajaan malaysia telah menjalankan satu kempen,yang berselogankan BELIA BENCI DADAH!! namun dapat kita saksikan sendiri bahawa kempen ini tidaklah dapat menyelesaikan isu ini dengan seratus peratus.meskipun begitu sahabat-sahabat,Alhamdulillah sekurang-kurangnya menurun juga peratus isu ini walaupun sedikit.akan tetapi sahabat-sahabat!bagaimanahkah cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik????ana pun tidaklah sebegitu arif dalam hal-hal sebegini.cuma disini ana ingin mengajak sahabat-sahabat untuk kita sama-sama menyelesaikan isu ini, dengan mengelakkan diri kita daripada terlibat sama dalam penyalahgunaan dadah ini..ingatlah kita wahai sahabat-sahabat yang berhajat kepada syurga Allah.sesungguhnya Allah telah berfirman dengan maksudnya(dan janganlah kamu membunuh diri yang Allah telah haramkan kecuali dengan kebenaran)surah isra'(33).jadi sahabat-sahabat,jelas dan nyatalah bahawa dengan dalil ini ,kita boleh mensabitkan bahawa hukum penyalahgunaan dadah adalah haram.mengapakah begitu??kerana,dadah adalah pembunuh,dan apa yang terkandung didalam dadah itu adalah kuman-kuman yang boleh membawa kepada kematian.cuba kita renungkan sebentar disini sahabat-sahabat!berapa banyakkah manusia-manusia@remaja-remaja sekarang yang terlibat dalam penalahgunaan dadah ini?tentu banyak sekali sahabat-sahabat,sehingga tidak terbendung masalah sebegini rupa.inilah yang kita sedihkan,mereka mencari duit semata-mata untuk membunuh diri mereka sendiri tanpa mereka sedari,akan tetapi yang lebih menyedihkan lagi,apabila kita melihat keadaan mereka yang lemah longlai,terlanta di tepi-tepi jalan,dibawah-bawah jambatan,dan kadangkala dapat kita saksikan sendiri,akan kematian mereka..ibarat sampah yang terbiar tanpa ada ahli waris yang menuntut..sedih sahabat-sahabat!cuba jikalau mereka itu salah seorang dari ahli keluarga kita,bagaimanakah perasaan kita?oleh itu sahabat-sahabat ,perkara-perkara sebegini janganlah kita ambil mudah.kerana takut-takut terjadi kepada keluarga kita nauzubillahi min zalik..jadi sahabat-sahabat wajiblah keatas kita untuk menjauhi masalah-masalah sebegini,dan mengajak manusia agar menjauhinya bersama-sama.semoga dengan keperihatianan kita,isu-isu sebegini rupa dapat di nyahkan dalam kehidupan remaja@manusia selamanya..amin.

sahabat-sahabat yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah! untuk isu-isu yang sesudah ini,ana akan huraikan secara ringkas sahaja, kerana agar sahabat-sahabat mudah untuk katamkan bacaan sahabat-sahabat dalam (KIMI) ini.isu (mat rempit,vandalisma, ponteng sekolah,pergaduhan dan pencurian)ini semua adalah isu yang turut popular dikalangan remaja saat ini,isu yang menunjukkan akan sikap remaja-remaja yang sangat ketara pada kebelakangan ini.Tercetak di dada-dada akhbar, terpampang dikaca-kaca tv,dan juga tersiar di corong-coraong radio..yang mana semuanya mengherdik sikap-sikap remaja masa kini.apakah perasaan kita sebagai remaja masa kini?????adakah kita marah?kalaulah kita marah dengan apa yang telah dipalitkan kepada kita,maka kita adalah insan yang bermaruah dan yang menyedari akan hakikat nya.Akan tetapi,seandainya kita tidak ada apa-apa rangsangan,ini bermaksud kita adalah orang yang bodoh dan yang tidak berperasaan.oleh itu marilah sahabat-sahabat,kita sedari akan hakikat yang zahir ini,dan marilah sama-sama kita sucikan kembali nama remaja masa kini.bagaimanakah caranya??dengan cara kita mencontohi akhlak Rasullullah saw.sebagai mana yang telah baginda ajarkan kepada kita,dan sabagaimana yang telah baginda tunjukkan kepada kita.ketahuilah sahabat-sahabat,seandainya kita mencontohi akhlak rasullullah maka kita akan terpimpin menuju kearah kebaikan dan keselamatan.kerana akhlak rasullullah adalah akhlak yang terpuji,yang mana Al quran sendiri memuji akan akhlak baginda,oleh itu banggalah kita menjadikan nabi muhammad saw sebagai contoh tauladan dalam kehidupan seharian kita,dan juga sebagai langkah untuk kita menyelesaikan isu-isu remaja masa kini.mudah-mudahan selamat untuk kita jalankan tanggungjawab kita ini.

sahabat-sahabat yang akan beroleh kebahagiaan diakhirat!jadi ana rasa cukup sampai disini sahaja yang dapat ana kongsikan bersama antum semua,insyaallah jikalau Allah memberi ana masa,ana akan sampaikan ilmu yang sedikit sebanyak ada pada ana ini untuk sama-sama kita renungkan.dan ana berharap sekali lagi agar sama-samalah kita menghayati akan apa yang telah sama-sama kita bahaskan diatas ini.semoga kita semua mendapat keredhaan dan petunjuk daripadanya.akhir sekali ana ingin meminta maaf sekiranya ada salah dan silap @kecacatan dalam penulisan ana dalam(KIMI)ini.maklumlah kerana ana adalah insan biasa yang tidak lari dari kesilapan. sekian saja dari ana...salam untuk semua yang membaca dan yang melayari (KIMI)ini...salam muhibbah dari ana (mift)..




Kamis, 22 Mei 2008

penghargaan & kata2 aluan...

Alhamdulillah!bersyukur kehadrat tuhan yang esa,cz dengan limpah n rahmatnye,dapat juga kilauan mutiara ilmu(KIMI) ini diwujudkan,yang mane insyaallah akan dimuatkan dalam (KIMI) ini dengan perkara2 yang berfaedah dan artikel2 yang menarik utk dkongsikan bersame2..... dan tidak lupe juga kepada ustaz rasul amat dan ustaz ishak hanis,yang telah memberi bantuan dalam menjayakan penerbitan (KIMI) ini. ...syukran jazilan....dan kepade kawan2...nantikan artikel2 yang menarik yang bakal memberi manfaat kepada kite semue.amin,sekian sahaja dan salam dari kami,pengarang(KIMI).